Tuesday 12 February 2013

Kenapa perlu malu ?

              Assalamualaikum

    Wowow ! Hujan tersangatlah lebat. Aku kat rumah. Dekat ruang tamu depan bawah kipas yang tak berpusing. Jari menari nari atas keyboard kat sebuah laptop yang terletak atas meja. Bersebelahan dengan Gemok kat tepi beg aku dan bertemankan Bai yang buat HW. Eh, tetibe Gemok hilang --'

     Entahlah. Aku pun tak tahu kenapa perlu malu. Malu untuk buat kebaikan padahal. *ayat inversi . ek* Alkisahnya maceni... Pada hari Ahad yang lepas, sebuah majlis perkahwinan sepupu aku telah diadakan. Kami sekeluarga pun bersiap. Macam apa yang aku azamkan : untuk pakai tudung lebih labuh walaupun sikit. Aku pun besarkanlah saiz tudung bawal yang aku nak pakai tu.

    Time bersiap tuu, aku pergi tempat lain untuk pakai tudung. Maksud aku tempat yang mana takde kakak kakak aku bersiap. Aku ke cermin almari mak. Kenapa ? Sebab aku malu dengan kakak kakak aku pasal tudung yang aku labuhkan tu. Tah .

    Teteibe, tudung tu buat hal ! Atas dia tak elok :/ Aku pun pergi ke tempat biasa sebab cermin mak tu tak terang. Lagipun, tempat biasa aku tengok cermin tu takde orang. Aku pun cepat cepat betulkan apa yang tak betul. Tetibe, sorang kakak aku ni masuk ! Aku dah....ah lantaklah! Aku pun tanye kakak aku tu kenapa tudung ni tak betul. Sebab tudung tu dia yang punya. Dia pun try test cuba betulkan. Time dia betulkan tu, dia tanya : 'Ara memang besarkan tudung ni eh ? ' Aku malu tapi cuba untuk rasa bangga dengan jawab ' aah ' . Aku terus cakap ' takpelah, biar ara betulkan sendiri' Aku malu sebenarnya. Dan buat buat cari pin. Padahal pin dah ada. Pura pura. Elak diri senanye. Tak selesa diperhatikan.

   Aku pun just berdandan dekat cermin mak tuu walaupun gelap. Lantoklah ! Persoalannya, kenapa malu ? Padahal aku buat benda betul. Sebabnyee,, you know, tudung aku kan tak labuh sangat dahulunya. Walaupun pakai tudung tapi still tak sempurna dalam menutup aurat, dengan baju ikut badanlah, pakai seluar jeanlah, pakai tudung pun atas dada. Aku pun trylah to make a different towards better. And now i know, memang tak senang :/ Tapi aku kena kuat !

   So aku harap sangat Allah dapat bantu. Aku harap Allah permudahkan jalan aku ni. Aku harap Allah tetapkan iman aku. Dia dah bukak hati aku ni pun aku bersyukur sangatt. Semua ni setelah aku pergi KERTAQ :) Alhamdulillah.... Tulahh ,, Allah tuu best gilaaa :/

Saturday 26 January 2013

twenty thirteen :)

Hai . Hello . Assalamualaikum .

      Hari ini sudahpun masuknya aku ke duaributigabelas. Alhamdulillah ;) Sebabnya duaribuduabelas dah pun melabuhkan tirainya, atau dalam erti kata lain telah pergi meninggalkan kita bersama memori memori yang manis dan mungkin juga pahit. Sememangnya perkara yang dah lepas tak mungkin kembali lagi . Hmm :/ . let bygone be bygone .

     2013. Please be nice to me. Sememangnya nombor tiga tu menakutkan aku. Sebab pada tahun yang ade nombor tiga ini jugaklah aku jadi nombor tiga jugak . *bebelit* okay , senang cite aku dah jadik tingkatan 3 -..- . Apa kaitan nombor tiga sebenarnya ? Kaitannya adalah dengan .... Ya . Tepat sekali , dengan satu shortform yang ade tiga huruf jugak ==' iaitu PMR ! Haaa . Takut tak ? takut tak ?

       As ramai yang tak tahu bahawa tahun duaributigabelas ini merupakan tahun last PMR . Atau sebenarnyaa dah ramai yang tahu . k. So, aku rasa cikgu cikgu di seluruh Malaysia terutamanya cikgu cikgu di SMKA Kuala Selangor, semestinya meletakkan harapan yang tersangat tinggi terhadap calon PMR tahun ini yang ada aku diantaranya -,- . Aku cuma berharap yang aku dapat lakukan yang terbaik bersama sama batch aku. BATCH 18 yang Omey :) Sama samalah kita harungi ranjau , onar , duri , ombak , atau kata lainnya ujian a.k.a dugaan -,- pada tahun ini yang sebenarnya sedang kita hadapi . Kuat kayy !! 

         Alang alang sudah ada dalam tajuk 2013 nih , aku pun nak listkan azam akuh. Eh maksud aku azam azam aku atau dalam kata lainnya azam kuasa dua ek* Masih belum terlambat kan ? k.

AZAM SAYA :
    
  • jaga hubungan dengan Allah
  • belajar betul betul
  • dapat 9A semestiya !
  • buat mak abah senang :)
  • jaga solat Dhuha
  • jaga solat hajat
  • baca al-Quran tiap hari beserta maksudnya
  • tak pakai seluar jean T_T
  • labuhkan baju dan tudung 
  • jaga hati Add dan orang laen :/  
  • lebih sopan santun alahaiii
  • tahajjud please !
  • kurangkan sensitivity dan jelousity -,-
  • hilangkan jerawat k
  • i want fairer !
  • FATIHIN:)
  • solat khusyu' dan try nangis *hayati*
  • jadi matang -,-
  • taknak ujub ujub !                                    
       Haha . Tuu diaaa . kata azam kuasa dua ? ni dah kuasa #$%&*! -.- Heehe . Walaubagaimanapun, aku tersangatlah berharap agar semua azam aku ni terlaksana agar aku boleh hidup dengan gaya hidup lebih baik.  InsyaAllah:)

      


        

Friday 28 December 2012

wimpy kid :/

Assalamualaikum .


   Alhamdulillah. Masih diberi peluang tarik nafas :')
            
           Harini, anak anak buah aku datang. Anak buah ? eh ? Kalau sepupu aku punya anak, kira anak buah lah kan ? Haa. Yelah. Keluarga dorang kayaaa. Ada tiga beradik, tiga tiga pegang tab woo. Datang pulak dekat rumah aku ni yang takde tab langsongg. MasyaAllah tabarakallah. Jakon aku weh -..-

           Aku tengok je laa dorang main. Tak tahan. Bukak la lappy. Tiba tiba semua datang dekat aku. Hai ? Dah ada tiga tab pon maseh batak dgn laptop buruk ni ? *stillbersyukur* Haa.. amekaw, semua berebut nak main game. Mainlah, mainlah. Aku main tab korang pulakk. Dengan tak malunya aku mintak :

                     "Zikri, nak main tuuu..'
                    "Nah ."
                    "waahhhaaa.."

             Dorang kecikk lagi. Takdelah malu sangatt. Hikhik. *dasarmukatembok0ps* Mainlah aku dengan jakonnya. Touch sana touch sini. Woohoo. Bukan tak pernah touch touch ni. Hp kakak aku semua touch. Cumaa , tab ni kan lebih besor. Korang mungkin dah biasa lah kan ? Tauuu -..-

              Setelah agak puas ber' touch2 ' , aku pergi layan kucing kucing aku pulak. Bagi  makan apa semua. Tiba tiba anak buah aku yang sorang ni datang tengok. Bertubi tubi soalan dia siram aku. Aku ni dah lah tak mesra alam. Merepek pulak soklan dia. Budak budak khenn. Curiosity tinggi. Layankan jeee. Pastu, aku ada tercengang dengan satu statement dia ni :

                  "kenapa  kucing tu luka ekor dia ?"
                  "gaduh. " *tak ramah langsungg*
                  "dah letak ubat ?"
                  "dah -,-"
                  "ubat apa ?"
                  "minyak gamat.."
                  "kenapa kak Ara cakap mcm tuh ? "
                  "kenapa ? Dia kan sakit, letaklah ubat -,- "
                  "takk . Kenapa kak Ara cakap mcm tuu ? "
                  "hah ? macam mana ? " *curious gila la konon*
                  "macam tuu .. "
                  "macam mana ? " *serius tak phmm*
                  "kenapa kak Ara cakap macam tuh ? " *dia pergi ulang -..-*
                  "apaaa ? ==' "
                  "macam tulah . macam budak LEMBIK ! "
                  "#@$%*&! "

            Okayyy. Budak kicik cakap aku budak lembikk :(
             
                                                                           #improveDirikayyy#
                 

Thursday 27 December 2012

KERTAQ ;)

Assalamualaikum.


Pekebenda KERTAQ ni ? Haila, nak cite lah ni.

         Pada beberapa minggu yang lepas *woyhskema* aku prgi satu kem keagamaan namanya Kem Remaja Taqwa a.k.a KERTAQ :') Haa . itulah kertaq nya. Dekat masjid bukit kapar. Pada mulanya, rasa taaaakknaaakk dan maaallaass membelenggu. Mak yang suruh pergi. Bayar RM100 pulk uh! Well, keluarga aku kan not-so banyak duit. Tapi bahagia okayy *alhamdulillah*. Pastu, kesian pulak dekat makk. Okayla, aku pergi, tapi ada syarat. Aku cakap kat mak aku, 'kena ada kawan'. Tuu diaaa. Mak aku pun carik. Tepon sana tepon sini. Dapat 2 kawan. Okayy mak, ara pergi -_-

          Esoknya, sampai sana dah. Ya, kem ni esoknya. Last minute kan ? Aku pergi pun sebab kem ni tak kena tidur. Berlangsung pulak seminggu. Kalau kena tidur memang takpergi lah kan. Sama je macam duduk asrama =='. Kitorang sampai sana, turun, pastu kena tinggal terus -,-. Daftar sume sume tu sendiri. Most of diorang kat sana ada bawak parents sekali. Kitorang bertiga berpandangan. Dah faham sangat lah apa yang ada kat kepala otak masing masing. Haah, kitorang anak manja yang sedang berusaha berdiri di atas kaki sendiri. Pahal ? *eh*

       Selesai daftar whatso over tuh, kitorang duduk dekat group wanita. Alahaii ramainya pakai tudung labuh. Nasib baik kitorang pakai baju kurung. Tapi, disebalik tudung tudung labuh itu, haa amekaw, sumenya pegang hp. Alaa. apa nak dihairankan ara ?? Zaman moden kokk. Yelaa, aku je kat dunia ni tadek hp -,- Pastu, kitorang semua dipanggil untuk slot pertama. Ice Breaking ! Ustaz Firdaus lawak gilaa. Aku ni dah lah jenis tak buleh tahan gelak tau. Sekali dengar je orang buat lawak, haa macam mulut badak. Semua orang gelak sopansopan je alahaiii . Eh, bukan aku sorang eh. Hani and Mar punngg :D 

     Habis dah sesi gelakk. Kitorang diarahkan Solat Dhuha. Sambil tu, Ustaz Asyraf bagi tahu kelebihan Solat Dhuha. Ya Allah, baru aku tahuu. Aku ingat lagi ayat ustaz 'kita ni kalau nak bukak pintu, kenalah ada kunci dia kan ? Samalah kalau nak bukak pintu rezeki. Inilah kuncinya adek adek' Dengan penuh kelembutan dia berbicara. Dan aku tersentuh di situ :')

     Dah nama kem keagamaan kan. Mestilah ada ceramah. Most of hari kitorang, dengar ceramah dan macam biasa diselangselikan dengan permainan. Ceramah punya ceramah, tiba tiba Ustaz Firdaus bagi tau yang kitorang kena tidur situ. Aku, Hani and Mar brpandangan sekali lagi sambil cakap ' hah ?? ' pastu dengan muka takleh belah. Terkejut sangat la konon. Terus berubah mood -_- Ramai jugak yang tak tahu pun kena tidur situ. Tapi dorang takdelah buat muka terkejut beruk macam kitorang ni haaa. Hehe. and petang tu, kitorang diarah balek untuk pack. Rela tak rela jee.

       Time mak ambik, kitorang pun citelah kat mak masing masing. Dorang pun duakalilima jeh dengan kitorang. Bhaha. Dah lah balek pukul 5.30 petang tau, patuh diarahkan datang balik sebelum 7. Hamboiih, kaw  hengat sempat sangat lah kan packing and sedia mental fizikal ? ceh. Lagilaa kitorang disembur dengan soalan bertubi tubi dengan para ibu. Ghupenya dorang lagi gelabah. Wakakaka. Patuh en, mak Hani rayu kat akak faci sambil buat muka -..- suapaya kitorang dapat datang balek lepas Isyak. And akhirnya boleh. Yayy ^_^

      Isyak pun bunyi. bunyi? ah. Bergeraklah kami dengan hati bercampur baur. bye mak. bye rumah. bye fesbuk! Slot diteruskan lagi. Slot demi slot. Hari hari menangis doe. Muhasabah punye slot banyakkk. Yelah, kearah remaja taqwa khenn ??

    Tetibe dah hari keempat. Slot slot hari ketiga dan seterusnya best ! betul ! *habes yang sebelum ni tak best lah ?* Hari ketiga tuh, kitorang kena sembelih ayam! eeaauuu. What kinda slot ?! Itulah perasaan aku mula mula dengar. Patuh, tengok ustaz buat demo, macam teringin pulokk. ecece. Setiap group hendaklah ada dua orang wakil untuk sembelih and pegang ayam tuh. And.. Jeng.Jeng.Jeng .. Akulah wakilnya dengan Mar. Mesti korang ingat aku yang pegang kan? Tidak , tidak , tidak okayy. Aku yang sembelih tau bertemankan Ust. Asyraf disebelah :') Sembelih punye sembelih, dengan muka !#@$%* ,, ustaz isytiharkan 'lulus . Boleh dimakan.'  Yayy :D Pastu buat muka bangga. *hoyhoy*

      Esokknya, lagi best ! Kitorang banyakk keluar. Pagi pagi tuu pergi Kem Banyu Manis kat Kg. Bukit Kerayong. *ek eleh, keluar ke tempat sendiri je punn -_-* Hello~ tempat tu best okayy. Bermulalah aktiviti lasak di situu. kitorang kena masok kat dalam air yang busuknya nauzubillah. Tak cukup dengan tu, disuruh tenggelamkan kepala lagi uolls ! Gulp! Yulk ! Next cabaran, masuk dalam kolam yang sangat dalam berpandukan tali. Saat maceni, ketinggian sangat penting. Dan :') *perasantinggi*

     Lasak, lasak jugak. Slot muhasabah tetap ada. Kan aku dah cakap, hari hari ada. *okeee-_-* Walau macane pon air mata tetap mengalir deras dek rasa kehambaan terhadap Ilahi.Syahdunya perasaan tu :/
Dan sebenarnya, kita patut bersyukur dengan segala apalah nikmat Allah tuu.. Macam yang aku cakap, even perasaan kita sekalipun. Kita tak sedar kan perasaan sedih, gembira semua tu dari Allah :') Kat kem ni, yes, aku diajar untuk sentiasa bersyukur. Untuk sentiasa sujud syukur. ok dah.

    Korang nak tahu, malam tu yang merupakan malam Jumaat, kitorang pergi kubur lepas Maghrib. Haiyok !
Kitorang kan ramai, naek apa ? Haaa, ni nak bangga ni *woyhriak* Tak delahh , budak lelaki sume naik belakang lori, perempuan pulak belakang hilux dan sebagainya. Aku and Mar pun tak tahu nak naik apa. Sana penuh, sini penuh. Patuh, dengar Ust. Asyraf panggil 'Siapa nak naik Estima ustaz? Dua ke empat orang silakan'  Tetiba aku dgn Mar dah ade kat dalam Estima tuh. Gelojoh gila lah kau . Batak pun ya -,-
At last, kitorang berdua je yg naik kete tuh . Haha. *orang nak dgr cite kubur la. bukan cite Estima. Hadoyy araaa*

    Sampailah kitorang kat kubur. Patuh en, dengan suasana kubur, kitorang diarah duduk dkat tepi kubur. Sorang satu batun nisan. Haiyok ! ==* Tapi takdelah takutt sangat. Sebab ramai. Lagipun, tujuannya bukan nak menakut nakutkan. Nak supaya kita ingat mati. And aku beruntung jugak sebab arwah atok aku ada kat perkuburan tu. So, semua orang doakan.*Arwah atoklah yang untung. Bukan kau*

    Balek je dari kubur, kitorang makan kambing golek woo. Jangan jelly~ Sebelum tuu, kitorang solat Isyak kat dataran masjid. Dekat tar tuu. Ust. nak smpaikan bhawe kat mane mane pon kita boleh solat. Wongge ? O ya, masa dalam perjalanan pulang tu kan, aku ngan mar kan naik dgn ustaz, kitorang dpt milo tin percumaaa . Cukup cukup lah jelly tuu . *tak jeles pon la*

   Jumaat bangun je dari tidur, tetibe rasa sebak. Sebab haritu merupakan hari last kem kitorang. Aku rasa bersyukur sangatt dan tak menyesal langsung. And hari tu jugak, first time aku rasai suasana solat Jumaat.

    Tup tup dah malam. Parent dijemput hadir untuk majlis penutup. Malam tu lagilah lencun. Macam biasa, slot bermaaf maafan sesama ibu bapa. Ramai gila anak yatim. Kesian dorangg.

    Bila dah selesai majlis penutup, ada jamuan untuk semua. Tapi kitorang tak sempat makan pun, parent je makan. Sebab kitorang buat fotoshoot. Mane taknyee, kawan baru uolls. Aku sanggup tinggalkan durian demi dorang yang dah tak jumpe lagi kot lepas ni. Wuwuwuwuwuwu. Dalam bergambar tu, aku sempat memanjatkan rasa syukur yang teramat ke hadrat Ilahi sebab pilih aku ke kem ni. Pertemukan aku dengan kawan kawan yang tersangatlah baikk. Memang tak sia sia lah datang kem ni.

    Tulahh, aku nak nasihatkan korang dengan diri aku sendiri lah untk sentiasa dengar cakap mak :') patuh, kalau ada peluang ke arah kebaikan maceni, ambeklah! wongge ? Aku gerenti korang takkan menyesal lepas tu. *serius*

*gambar kat kem* Hani . aku. Mar :)

THANKS  FOR READING SUCH A LONG ENTRY :')

Newbie :)

Hai . Hello . Assalamualaikum .
  
     Okeh . Ini dah kali ke empat aku tulis balek benda yang sama. Disebabkan ketidakretian aku dalam menulis blog nih ==' . Orang baru lah katakan. Dari tadi publish, tengok tengok, tajuk je ade. Orang baru lah katakan *ulang* Takpe takpe ara, dimaafkan. Hehhh.

     Emm. Okay. Aku dah ada blog! Haha. Credit to Fatin Izzati binti Kamaruddin yang comels macam aku. Hikhik. Sebab apa aku cakap dia comels ? Sebab dia dah buatkan blog untuk akulah. Heee .Takdelah, dia memang comelss punggg :D

       Anyhow, alhamdulillah ;) Semua ni takkan ada kalau bukan dariNya. kan ? kan ? As a humble slave, we should be very thankful. Tak kesah lah nikmat apa yang Allah bagi. As long as namanya NIKMAT. Even perasaan yang korang boleh rasa sekarang :')

        Blog. Kenapa aku nak buat blog ? Sebab aku ni sukaaaa meluahkan. Sukaaa tulis balek font memories. Sukaaa tulis balek apa yang terjadi hari tuu. Suka duka etc. Aku punya sukaalah :D (sangat suka aku tanya pastu jawab sendiri kan) Well, all this while, i keep writing diaries. Yea , you know, diary is commonly wrote on a paper, book and whatso over lah kan. So, aku takut segala kisah (lah sangatt) hilang centu jee. Kertas lah kata kan.

       Jadi, seiring dengan zaman moden cenggini, aku pun create a blog. Ops, dengan bantuan orang, setelah bertungkus lumus (lah sangatt) men'translate' ke bahasa Jepun untuk mintak tulung buatkan blog demi menepis malu. And finally.....
      
      Aku harap, dengan blog ni, aku dapat............... tak tahu nak cakap apa . Anyhow, semoga kita menjadi hambaNya yang sentiasa bersyukur :') 
     #sujudSyukur#