Tuesday, 12 February 2013

Kenapa perlu malu ?

              Assalamualaikum

    Wowow ! Hujan tersangatlah lebat. Aku kat rumah. Dekat ruang tamu depan bawah kipas yang tak berpusing. Jari menari nari atas keyboard kat sebuah laptop yang terletak atas meja. Bersebelahan dengan Gemok kat tepi beg aku dan bertemankan Bai yang buat HW. Eh, tetibe Gemok hilang --'

     Entahlah. Aku pun tak tahu kenapa perlu malu. Malu untuk buat kebaikan padahal. *ayat inversi . ek* Alkisahnya maceni... Pada hari Ahad yang lepas, sebuah majlis perkahwinan sepupu aku telah diadakan. Kami sekeluarga pun bersiap. Macam apa yang aku azamkan : untuk pakai tudung lebih labuh walaupun sikit. Aku pun besarkanlah saiz tudung bawal yang aku nak pakai tu.

    Time bersiap tuu, aku pergi tempat lain untuk pakai tudung. Maksud aku tempat yang mana takde kakak kakak aku bersiap. Aku ke cermin almari mak. Kenapa ? Sebab aku malu dengan kakak kakak aku pasal tudung yang aku labuhkan tu. Tah .

    Teteibe, tudung tu buat hal ! Atas dia tak elok :/ Aku pun pergi ke tempat biasa sebab cermin mak tu tak terang. Lagipun, tempat biasa aku tengok cermin tu takde orang. Aku pun cepat cepat betulkan apa yang tak betul. Tetibe, sorang kakak aku ni masuk ! Aku dah....ah lantaklah! Aku pun tanye kakak aku tu kenapa tudung ni tak betul. Sebab tudung tu dia yang punya. Dia pun try test cuba betulkan. Time dia betulkan tu, dia tanya : 'Ara memang besarkan tudung ni eh ? ' Aku malu tapi cuba untuk rasa bangga dengan jawab ' aah ' . Aku terus cakap ' takpelah, biar ara betulkan sendiri' Aku malu sebenarnya. Dan buat buat cari pin. Padahal pin dah ada. Pura pura. Elak diri senanye. Tak selesa diperhatikan.

   Aku pun just berdandan dekat cermin mak tuu walaupun gelap. Lantoklah ! Persoalannya, kenapa malu ? Padahal aku buat benda betul. Sebabnyee,, you know, tudung aku kan tak labuh sangat dahulunya. Walaupun pakai tudung tapi still tak sempurna dalam menutup aurat, dengan baju ikut badanlah, pakai seluar jeanlah, pakai tudung pun atas dada. Aku pun trylah to make a different towards better. And now i know, memang tak senang :/ Tapi aku kena kuat !

   So aku harap sangat Allah dapat bantu. Aku harap Allah permudahkan jalan aku ni. Aku harap Allah tetapkan iman aku. Dia dah bukak hati aku ni pun aku bersyukur sangatt. Semua ni setelah aku pergi KERTAQ :) Alhamdulillah.... Tulahh ,, Allah tuu best gilaaa :/

Saturday, 26 January 2013

twenty thirteen :)

Hai . Hello . Assalamualaikum .

      Hari ini sudahpun masuknya aku ke duaributigabelas. Alhamdulillah ;) Sebabnya duaribuduabelas dah pun melabuhkan tirainya, atau dalam erti kata lain telah pergi meninggalkan kita bersama memori memori yang manis dan mungkin juga pahit. Sememangnya perkara yang dah lepas tak mungkin kembali lagi . Hmm :/ . let bygone be bygone .

     2013. Please be nice to me. Sememangnya nombor tiga tu menakutkan aku. Sebab pada tahun yang ade nombor tiga ini jugaklah aku jadi nombor tiga jugak . *bebelit* okay , senang cite aku dah jadik tingkatan 3 -..- . Apa kaitan nombor tiga sebenarnya ? Kaitannya adalah dengan .... Ya . Tepat sekali , dengan satu shortform yang ade tiga huruf jugak ==' iaitu PMR ! Haaa . Takut tak ? takut tak ?

       As ramai yang tak tahu bahawa tahun duaributigabelas ini merupakan tahun last PMR . Atau sebenarnyaa dah ramai yang tahu . k. So, aku rasa cikgu cikgu di seluruh Malaysia terutamanya cikgu cikgu di SMKA Kuala Selangor, semestinya meletakkan harapan yang tersangat tinggi terhadap calon PMR tahun ini yang ada aku diantaranya -,- . Aku cuma berharap yang aku dapat lakukan yang terbaik bersama sama batch aku. BATCH 18 yang Omey :) Sama samalah kita harungi ranjau , onar , duri , ombak , atau kata lainnya ujian a.k.a dugaan -,- pada tahun ini yang sebenarnya sedang kita hadapi . Kuat kayy !! 

         Alang alang sudah ada dalam tajuk 2013 nih , aku pun nak listkan azam akuh. Eh maksud aku azam azam aku atau dalam kata lainnya azam kuasa dua ek* Masih belum terlambat kan ? k.

AZAM SAYA :
    
  • jaga hubungan dengan Allah
  • belajar betul betul
  • dapat 9A semestiya !
  • buat mak abah senang :)
  • jaga solat Dhuha
  • jaga solat hajat
  • baca al-Quran tiap hari beserta maksudnya
  • tak pakai seluar jean T_T
  • labuhkan baju dan tudung 
  • jaga hati Add dan orang laen :/  
  • lebih sopan santun alahaiii
  • tahajjud please !
  • kurangkan sensitivity dan jelousity -,-
  • hilangkan jerawat k
  • i want fairer !
  • FATIHIN:)
  • solat khusyu' dan try nangis *hayati*
  • jadi matang -,-
  • taknak ujub ujub !                                    
       Haha . Tuu diaaa . kata azam kuasa dua ? ni dah kuasa #$%&*! -.- Heehe . Walaubagaimanapun, aku tersangatlah berharap agar semua azam aku ni terlaksana agar aku boleh hidup dengan gaya hidup lebih baik.  InsyaAllah:)